Tips Memanjakan Suami Yang Betul

Tips Memanjakan Suami Yang BetulTips Memanjakan Suami Yang Betul

Tips Memanjakan suami yang betul agar suami lebih sayang dan menghargai isteri merupakan tindakan baik. Dengan manjakan suami; suami pasti bertambah sayang dan cinta isteri. Isteri yang sentiasa manjakan suami akan lebih mendapat perhatian dan penghargaan dari suami. Suami lebih menyayangi dan mencintai isteri apabila sering dimanjakan isteri. Tips, teknik dan cara manjakan suami yang boleh diamalkan isteri adalah seperti berikut.

Cara manjakan suami agar lebih disayangi dan dihargai suami dengan melakukan perkara-perkara berikut. Berikut ini adalah sebahagiaan sahaja dari banyak-banyak cara manjakan suami. Isteri harus kreatif untuk memanjakan suami untuk mendapat kebaikan dan kebahagiaan dalam rumahtangga suami isteri.

Petua Atau Tips Memanjakan Suami

1. Suami sentiasa mengidamkan belaian isteri. Tangan isteri mengurut manja kaki yang lenguh atau sekadar mengusap belakang atau lengan ketika menonton televisyen sudah membuatkan suami berasa sangat disayangi.

2. Belai rambut suami ketika dia sedang beristirehat, atau jika rajin carikan uban yang ada. Sudah pasti lembut hati suami dan akan timbul rasa kasih sayang yang mendalam terhadap isteri.

3. Tengok-tengokkan jari jemari suami, adakah kukunya bersih dan sudah dipotong rapi? Bagaimana keadaan kulit suami? Kalau kering sapukan losyen, kalau pening urutkan kepala. Pastikan suami dijaga rapi dari hujung rambut hingga hujung kaki.

4. Jangan menganggap dengan melakukan perkara begini akan menjatuhkan taraf isteri atau merasakan si suami perlu tahu menjaga diri sendiri. Tentu sekali mereka tahu menjaga diri tetapi dengan memanjakan suami cara ini akan menjadikan suami anda terasa seperti seorang yang sangat istimewa. Pasti dia akan begitu menghargainya.

Demikian cara manjakan suami yang boleh dikongsikan.

Semoga ANDA kekal bahagia dan ceria.

Pesanan saya kepada pelawat-pelawat; untuk kita bersama-sama berusaha untuk yang terbaik kepada diri & pasangan kita. Jika kita atau pasangan menghadapi sesuatu masalah yang menyebabkan perhubungan kita menjadi renggang, kurang dan tak seperti dulu.. Maka, ambillah inisiatif untuk menyelesaikannya. Jangan hanya mengharapkan pasangan; (baik suami atau isteri), tetapi ambilah sikap mulakan dulu untuk setiap yang baik. Kerana matlamat kita semua sama iaitu Ke Arah Rumahtanngga Yang Bahagia, Ceria, Berkat & Mendapat Rahmat Allah. Kepada si isteri, jadilah isteri yang taat pada suami & Allah, kerana dengan itu ANDA mampu mendapat janji Syurga Allah. Kepada si suami, sama-sama kita membentuk isteri-isteri, juga anak-anak kita untuk berada dalam landas Nabi SAW & Agama Allah…

Incoming search terms:

  • cara memanjakan suami
  • memanjakan suami
  • tips memanjakan suami
  • gambar marah sama suami
  • manjakan suami
  • petua manjakan isteri
  • tip manjakan suami
  • tips manjakan suami di ranjang
  • tips memanjakan suami di ranjang

Comments are closed.